Thursday, 10 March 2022

Program Perkongsian Pintar ke Bilik Operasi SPBT Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Salak Tinggi Tahun 2022

9 Mac 2022 SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan satu lawatan penanda arasan berbentuk perkongsian pintar ke SRAI Salak Tinggi, Sepang, Selangor. Lawatan ini bertujuan untuk membantu pihak SPBT SK Taman Putra Perdana untuk mendapatkan sedikit sebanyak maklumat berkaitan pengurusan BOSS serta sebagai persediaan sekolah dalam Pertandingan Pengurusan SPBT  Cemerlang Negeri Selangor. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman guru-guru dalam pengurusan SPBT serta mengadakan perbincangan dari segi akademik, pengurusan dan infrastruktur bagi tujuan penambahbaikan. Pengisian program ini termasuklah sesi bertukar-tukar fikiran, mewujudkan peluang bekerjasama  dan menjalinkan  hubungan baik di antara kedua-dua sekolah. 

Delegasi lawatan ini terdiri daripada guru seramai 10 orang yang diketuai oleh Datin Noraizah binti Dun, Penolong Kanan HEM SK Taman Putra Perdana. Semoga dengan lawatan ini, akan ada beberapa siri perbincangan susulan pada masa depan dalam misi memantapkan pengurusan bilik BOSS SK Taman Putra Perdana. 

Berikut merupakan gambar-gambar sekitar lawatan penanda arasan ini 











Terima kasih SRAI Salak Tinggi. Jasamu dikenang💐

Wednesday, 19 January 2022

Proses Mengecat Dinding dan Almari Simpanan Buku

Ahli Jawatankuasa Penaiktarafan bilik Skim Pinjaman Buku Teks bahagian fizikal telah berganding bahu menjalankan proses mengecat dinding dan almari simpanan buku teks bagi menaikkan lagi seri Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS).

Semoga segala bakti mereka diganjari pahala oleh Allah.







Tuesday, 18 January 2022

Program "Cintailah Buku Teks Kita"

 Alhamdulillah pada 13 dan 17 Januari yang lalu, Unit Skim Pinjaman Buku Teks telah menjalankan program "Cintailah Buku Teks Kita". Program yang mensasarkan semua murid SK Taman Putra Perdana ini adalah suatu usaha bagi menjentik sifat bertanggungjawab murid untuk menjaga buku teks yang dipinjam dengan baik. Selain itu, program ini juga bertujuan memberi didikan cara penjagaan buku teks yang betul supaya kesempurnaan buku teks dapat dijaga walaupun diguna secara maksimum sepanjang tempoh pinjaman.

Program ini terbahagi kepada 3 peringkat iaitu dimulakan dengan sesi taklimat oleh Ketua Penyelaras Unit Skim Pinjaman Buku Teks iaitu Cikgu Jamilah binti Mohd Yusof. Taklimat ini berlangsung di Dewan Perdana dan disertai oleh semua murid dan guru. Taklimat ini dijalankan bertujuan memberi maklumat mengenai garis panduan penjagaan buku teks kepada seluruh warga sekolah.

Pada peringkat kedua pula, murid berada di dalam kelas masing-masing dan guru matapelajaran yang terlibat melakukan pemeriksaan ke atas buku teks murid kelas tersebut. Antara aspek penjagaan penting yang diperiksa oleh guru ialah balutan buku teks, penulisan nama pada buku teks dan susunan buku teks dalam beg sekolah murid. Guru-guru memberi teguran secara langsung terhadap setiap kesilapan penjagaan murid terhadap buku teks mereka.

Peringkat ketiga pula, murid yang didapati tidak mematuhi garis panduan penjagaan buku teks diarahkan untuk memperbetul kesilapan mereka. Pemeriksaan semula ke atas buku-buku teks mereka dijalankan berterusan oleh semua guru ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Di bawah disertakan gambar sepanjang program berlangsung :

Murid-murid mendengar taklimat yang disampaikan dengan tekun

Guru turut serta mendengar taklimat oleh Cikgu Jamilah binti Mohd Yusof


Guru membuat pemeriksaan ke atas buku teks murid



Guru memberi teguran kepada ketiakpatuhan murid kepada garis panduan penjagaan buku teks


Pemeriksaan dijalankan secara berterusan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran



Akhir sekali, semoga matlamat program ini dapat dicapai dan setiap murid dapat mengamalkan garis panduan penjagaan buku teks yang telah disampaikan oleh guru-guru kepada mereka. Semoga setiap murid terdidik dengan kepertanggungjawaban dalam segala aspek sepanjang kehidupan mereka masa kini dan masa hadapan.

















Tuesday, 11 January 2022

Grafik Terbaru Carta Alir Proses Pengagihan dan Pemulangan Buku Teks

 Grafik Carta Alir ini akan diletakkan di dalam Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks sebagai rujukan yang menarik dan jelas untuk murid-murid.


Carta Alir Proses Pemulangan Buku Teks

Carta Alir Proses Pengagihan Buku Teks

Wednesday, 5 January 2022

Carta Organisasi Unit Skim Pinjaman Buku Teks 2022

Perpindahan dan pertukaran guru-guru Penolong Kanan pada tahun ini telah memberi kesan kepada pindaan Carta Organisasi Unit Skim Pinjaman Buku Teks. Di bawah adalah senarai terbaru Carta Organisasi Unit Skim Pinjaman Buku Teks :




Pengerusi :

Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali ( Guru Besar )

Timbalan Pengerusi : 

Datin Noraizah binti Dun (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 1 :

Puan Azizah binti Mokhlas ( Guru Penolong Kanan Kurikulum)

Naib Pengerusi 2 : 

Puan Fauziah binti Salehoddin ( Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

Naib Pengerusi 3 :

Puan Norhamizah binti Hamzah ( Guru Penolong Kanan PPKI )

Naib Pengerusi 4 :

Puan Siti Raudah binti Hamid ( Guru Penolong Kanan Petang )

Setiausaha 1 : Puan Jamilah binti Mohd Yusof ( Penyelaras Aliran Perdana )

Setiausaha 2 : Puan Nurhayati binti Mohamed Nor (Penyelaras Aliran Khas )


Friday, 19 March 2021

Minggu SPBT 'I Love My Textbook' : Ops Buku Teks

Bagi membudayakan sikap menyayangi buku teks dan melahirkan rasa syukur dengan apa yang telah dimiliki, Jawatankuasa SPBT SKTPP telah mengadakan program Ops Buku Teks sempena minggu SPBT 2021. Program ini telah diadakan pada 18 dan 19 Mac 2021 dengan sasaran semua murid tahun 2 hingga 6. Program ini dijalankan dengan mengadakan pemeriksaan buku teks murid-murid secara mengejut oleh guru-guru. 

Pemeriksaan buku teks yang dijalankan adalah untuk mengenalpasti murid-murid yang menjaga buku teks dengan baik dan bertanggungjawab seterusnya diberikan penghargaan. Manakala, murid-murid yang kurang menjaga buku teks mereka akan diberikan peringatan dan nasihat oleh guru-guru yang bertugas. 


Pemeriksaan buku teks secara mengejut untuk murid-murid sesi petang (tahun 2 -3)


Pemeriksaan buku teks secara mengejut untuk murid-murid sesi petang (tahun 4-6)


Berikut merupakan nama murid-murid terbaik penjagaan buku teks:-





















Penyampaian hadiah kepada murid terbaik (penjagaan buku teks) sesi pagi disempurnakan oleh Datin Noraizah Binti Dun, GPK Hal Ehwal Murid



















Penyampaian hadiah kepada murid terbaik (penjagaan buku teks) sesi petang





Disediakan oleh Aizil Hasyimi

Thursday, 18 March 2021

Program Sayang dan Syukur (Minggu SPBT 2021)

    Antara program yang telah dijalankan sepanjang Minggu SPBT 'I love My  Textbook' adalah program Sayang dan Syukur. Program ini bermatlamat membudayakan sikap mencintai buku teks dan melahirkan rasa syukur dengan apa yang telah dimiliki. Program ini telah dijalankan pada 16 dan 17 Mac 2021 dengan bertemakan 'Buku Teks Persada Ilmu'. Semua murid tahap  2 (kelas tahun 4, 5 dan 6) telah terlibat bersama-sama dengan Unit SPBT, semua guru tahap 2 dan ahli kelab SPBT.


Murid-murid diedarkan bahan lima minit membaca “Sayang dan Syukur”  



Murid-murid membaca bahan lima minit “Sayang dan Syukur” di hadapan kelas




Program ini bertujuan memupuk rasa tanggungjawab dikalangan murid kepada ibu bapa dan masyarakat sekliling. Di samping itu, mendedahkan murid-murid kepada kepentingan dan cara-cara penjagaan buku teks yang berkesan sekaligus menggalakkan murid dalam membudayakan rasa cinta terhadap tunjang ilmu iaitu buku.     



Setiausaha kelab SPBT menerangkan kepada ahli  kelab SPBT yang lain berkaitan dengan maklumat penjagaan buku Teks (Sayang dan Syukur)



Sesi perjumpaan ahli Kelab SPBT bagi melaksanakan Program Sayang dan Syukur



Memaparkan bahan bacaan lima minit “Sayang dan Syukur kepada murid-murid tahun 6



Diharapkan dengan berlangsungnya program ini, murid-murid didedahkan kepada cara-cara penjagaan buku teks. Semoga murid dapat menanam rasa sayang dan syukur terhadap buku teks yang diberi oleh KPM dan memastikan buku teks sentiasa dalam keaadan yang baik sehingga dipulangkan semula kepada Unit SPBT. 


Disediakan oleh Aizil Hasyimi