Sunday 31 January 2021

Pengagihan Buku Teks Tahun 2021

Pengagihan Buku Teks Tahun 2021

Pengagihan buku teks bagi tahun 4, 5 dan 6 sesi 2021 adalah pada ketetapan berikut :

Tarikh  : 25 - 27 Januari 2021

Hari      : Isnin, Selasa dan Rabu

Masa     : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari (Sesi 1)

               12.00 tengah hari - 4.00 petang (Sesi 2)

Tempat : Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS), SK Taman Putra Perdana

Ibu bapa/ penjaga memberikan komitmen yang baik kerana dapat meluangkan masa untuk hadir ke sekolah bagi tujuan pengambilan buku teks kegunaan sesi 2021. Alhamdulillah proses pengambilan buku teks berjalan dengan lancar mengikut garis panduan dan SOP yang telah ditetapkan. Tahniah kepada guru-guru SPBT dan guru-guru kelas kerana berjaya melaksanakan sesi pengagihan buku teks ini dengan jaya dan lancar. Terima kasih juga kepada ibu bapa/penjaga yang memberi kerjasama baik dalam mematuhi SOP sepanjang sesi pengambilan buku teks berlangsung. Semoga kerjasama yang terjalin memudahkan segala urusan pada masa akan datang. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Berikut adalah gambar yang diambil semasa sesi pengambilan buku teks :

Guru yang berugas menjaga kaunter Pemulangan Borang Semakan Buku Teks

Guru SPBT menjaga kaunter pemberian buku teks

Guru-guru kelas tahun 6 mengambil kehadiran ibu bapa/penjaga

Kaunter pembayaran PIBG

 YDP PIBG  Tuan Haji Khairul Azhar Bin Mohammad Suffian bersama guru-guru yang bertugas

  Pn. Hjh Rohaidah Binti Mohd Ali (Guru Besar SKTPP) menyantuni Tuan Haji Khairul Azhar Bin Mohammad Suffian (YDP PIBG SKTPP) melihat proses pengambilan buku teks

Ibu bapa/ penjaga membuat semakan buku yang diterima

Disediakan oleh: Mawaddah binti Kamarulzaman

Wednesday 27 January 2021

Makluman Pengambilan Buku Teks PPKI Kegunaan 2021

 Hari     : Selasa dan Rabu (26 dan 27 Januari 2021

Tempat : Kelas Squash dan Kelas Soccer (Bilik Kabin)

Masa     : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari

Berikutan surat Garis Panduan Pemulangan dan Pengagihan Buku Teks dari Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 19 Januari 2021, pengagihan buku teks akan dijalankan seperti jadual yang dilampirkan.

Diharap semasa pengagihan buku teks pada waktu tersebut:

  •   Hanya seorang sahaja ibu / bapa / penjaga yang dibenarkan hadir untuk urusan tersebut.                 
  •   Anak tuan/puan sama sekali tidak dibenarkan hadir bersama.


  •   Penjaga juga diminta :

   membawa pen sendiri

   mengambil suhu di pos pengawal

   memakai pelitup muka sepanjang masa

   menjaga penjarakan sosial

Kegagalan pihak tuan/puan menepati masa dan melaksanakan perkara di atas akan menyukarkan jawatankuasa SPBT sekolah melaksanakan proses selanjutnya. Kerjasama tuan/puan diucapkan terima kasih. Sekian.

Disediakan oleh: Pn. Nurhayati

Tuesday 19 January 2021

Makluman Pengambilan Buku Teks Kegunaan 2021

 Berikutan surat Garis Panduan Pemulangan dan Pengagihan Buku Teks dari Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 19 Januari 2021, pengagihan buku teks akan dijalankan seperti jadual yang dilampirkan. 

Diharap semasa pengambilan buku teks pada waktu tersebut: 

📚 Hanya seorang sahaja ibu bapa / penjaga yang dibenarkan hadir untuk urusan tersebut.

📚 Anak tuan/puan sama sekali tidak dibenarkan hadir bersama.

📚 ibu bapa / penjaga juga diminta :

  • membawa pen sendiri
  • mengambil suhu di pos pengawal 
  • memakai pelitup muka sepanjang masa
  • menjaga penjarakan sosial

Bersama-sama ini dilampirkan :

  • Jadual penambilan buku Tahap 1 dan 2
  • Carta alir proses pengambilan buku 
  • Laluan ibu bapa / penjaga ketika masuk dan keluar sekolah

Jadual Pengambilan Buku Tahap 1

Jadual Pengambilan Buku Tahap 2

Laluan Keluar Masuk

Proses Pergerakan Ibu bapa / Penjaga

Kegagalan pihak tuan/puan menepati masa dan melaksanakan perkara di atas akan menyukarkan jawatankuasa SPBT sekolah melaksanakan proses selanjutnya. 

Kerjasama tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih. 

Monday 4 January 2021

Pemulangan Buku Teks 2020

 Pemulangan buku teks akan dijalankan pada ketetapan berikut :


Tahun 1, 2, 3, 4 dan 5 (2020) 

Tarikh : 12 - 15 Januari 2021
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS)

Diharap semasa pemulangan buku teks pada waktu tersebut: 

📚 Buku teks mencukupi mengikut senarai yang dilampirkan. 
📚 Buku hendaklah diikat rapi menggunakan tali rafia.
📚 Buku teks berbalut dengan pembalut lutsinar.
📚 Buku teks dalam keadaan elok dan tidak rosak. Buku yang rosak hendaklah diganti. 

Makluman tambahan:

👉🏼 Mohon hanya seorang penjaga sahaja hadir untuk urusan pemulangan buku teks. 

👉🏼 Ibu bapa / penjaga juga diminta:

✅membawa pen
✅memakai pelitup muka
✅mengambil suhu di pos pengawal 
✅menjaga penjarakan sosial

Kerjasama semua diucapkan terima kasih.

Disertakan senarai semak pemulangan buku teks untuk tindakan pihak tuan/puan selanjutnya.






Disediakan oleh:
Nurul Azean binti Mohd Salleh