Friday 19 March 2021

Minggu SPBT 'I Love My Textbook' : Ops Buku Teks

Bagi membudayakan sikap menyayangi buku teks dan melahirkan rasa syukur dengan apa yang telah dimiliki, Jawatankuasa SPBT SKTPP telah mengadakan program Ops Buku Teks sempena minggu SPBT 2021. Program ini telah diadakan pada 18 dan 19 Mac 2021 dengan sasaran semua murid tahun 2 hingga 6. Program ini dijalankan dengan mengadakan pemeriksaan buku teks murid-murid secara mengejut oleh guru-guru. 

Pemeriksaan buku teks yang dijalankan adalah untuk mengenalpasti murid-murid yang menjaga buku teks dengan baik dan bertanggungjawab seterusnya diberikan penghargaan. Manakala, murid-murid yang kurang menjaga buku teks mereka akan diberikan peringatan dan nasihat oleh guru-guru yang bertugas. 


Pemeriksaan buku teks secara mengejut untuk murid-murid sesi petang (tahun 2 -3)


Pemeriksaan buku teks secara mengejut untuk murid-murid sesi petang (tahun 4-6)


Berikut merupakan nama murid-murid terbaik penjagaan buku teks:-





















Penyampaian hadiah kepada murid terbaik (penjagaan buku teks) sesi pagi disempurnakan oleh Datin Noraizah Binti Dun, GPK Hal Ehwal Murid



















Penyampaian hadiah kepada murid terbaik (penjagaan buku teks) sesi petang





Disediakan oleh Aizil Hasyimi

Thursday 18 March 2021

Program Sayang dan Syukur (Minggu SPBT 2021)

    Antara program yang telah dijalankan sepanjang Minggu SPBT 'I love My  Textbook' adalah program Sayang dan Syukur. Program ini bermatlamat membudayakan sikap mencintai buku teks dan melahirkan rasa syukur dengan apa yang telah dimiliki. Program ini telah dijalankan pada 16 dan 17 Mac 2021 dengan bertemakan 'Buku Teks Persada Ilmu'. Semua murid tahap  2 (kelas tahun 4, 5 dan 6) telah terlibat bersama-sama dengan Unit SPBT, semua guru tahap 2 dan ahli kelab SPBT.


Murid-murid diedarkan bahan lima minit membaca “Sayang dan Syukur”  



Murid-murid membaca bahan lima minit “Sayang dan Syukur” di hadapan kelas




Program ini bertujuan memupuk rasa tanggungjawab dikalangan murid kepada ibu bapa dan masyarakat sekliling. Di samping itu, mendedahkan murid-murid kepada kepentingan dan cara-cara penjagaan buku teks yang berkesan sekaligus menggalakkan murid dalam membudayakan rasa cinta terhadap tunjang ilmu iaitu buku.     



Setiausaha kelab SPBT menerangkan kepada ahli  kelab SPBT yang lain berkaitan dengan maklumat penjagaan buku Teks (Sayang dan Syukur)



Sesi perjumpaan ahli Kelab SPBT bagi melaksanakan Program Sayang dan Syukur



Memaparkan bahan bacaan lima minit “Sayang dan Syukur kepada murid-murid tahun 6



Diharapkan dengan berlangsungnya program ini, murid-murid didedahkan kepada cara-cara penjagaan buku teks. Semoga murid dapat menanam rasa sayang dan syukur terhadap buku teks yang diberi oleh KPM dan memastikan buku teks sentiasa dalam keaadan yang baik sehingga dipulangkan semula kepada Unit SPBT. 


Disediakan oleh Aizil Hasyimi 

Wednesday 17 March 2021

Pelancaran Minggu SPBT SKTPP 2021

Jawatankuasa SPBT SK Taman Putra Perdana telah mengadakan majlis pelancaran 'Minggu SPBT I Love My Textbook' pada 15 Mac (sesi pagi) dan 16 Mac (sesi petang). Objektif program ini adalah untuk menanam sikap tanggungjawab murid terhadap buku teks yang diberikan percuma secara pinjaman oleh kerajaan atas dasar seratus peratus. Selain itu, menanam perasaan sayang terhadap buku teks dengan sentiasa menjaga kondisi buku teks yang diterima. Di samping itu, melahirkan murid-murid yang menghargai dan bersyukur dengan kemudahan pinjaman buku teks sekaligus menggalakkan murid-murid dalam membudayakan penjagaan buku teks. 

Antara program-program yang direncanakan sepanjang ‘Minggu SPBT I Love My Textbook’ adalah:-

-          -    Program ‘Ops Buku Teks’

-          -    Slot Sayang dan Syukur.

Berikut merupakan bingkisan majlis pelancaran ‘Minggu SPBT I Love My Textbook’.

Sesi pagi

D:\SKTPP\2022\SPBT\PELANCARAN PAGI\af668e69-7047-45ac-972e-f5ea333174ee.jpg
Ahli Kelab SPBT berkumpul di Dewan Perdana untuk mengikuti program yang dianjurkan.


D:\SKTPP\2022\SPBT\PELANCARAN PAGI\c7be30da-1293-4df0-99d1-63e7867c7fb5.jpg
Barisan pentadbir turut sama hadir ke Dewan Perdana SKTPP untuk menjayakan program.


D:\SKTPP\2022\SPBT\PELANCARAN PAGI\cf6bee30-d0e1-41f0-b8e9-f89ad741165b.jpg
Bacaan doa telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi bagi memberkati majlis pada hari tersebut.


D:\SKTPP\2022\SPBT\PELANCARAN PAGI\b6ad6942-00a0-4e88-82b5-142d68ea7150.jpg
Puan Hajah Rohaidah bt Mohd Ali selaku Guru Besar SKTPP memberikan ucapan seterusnya merasmikan program Pelancaran Minggu SPBT “I Love My Textbook”


D:\SKTPP\2022\SPBT\PELANCARAN PAGI\bb0d12b8-8a5e-42a6-bf9b-2302afa0ca09.jpg
Guru Besar, barisan pentadbir serta jawatankuasa SPBT bergambar bersama bunting perasmian Minggu SPBT “I Love My Textbook”


D:\SKTPP\2022\SPBT\PELANCARAN PAGI\82eab8d1-4007-43b0-b257-70561d206576.jpg

Para pentadbir sedang menyempurnakan gimik perasmian.




D:\SKTPP\2022\SPBT\PELANCARAN PAGI\af212bde-dee5-4302-bf77-c571485e9a39.jpg
Penyelaras SPBT, Puan Jamilah bt Mohd Yusof menyerahkan Replika “I Love My” sebagai simbolik penyempurnaan gimik perasmian kepada Puan Hajah Rohaidah bt Mohd Ali.


D:\SKTPP\2022\SPBT\PELANCARAN PAGI\eecd4705-524f-4451-ab27-7901e18cc674.jpg
Puan Jamilah bt Mohd Yusof selaku Penyelaras SPBT sedang memberikan taklimat ringkas berkenaan dengan penggunaan buku teks kepada ahli Kelab Persatuan SPBT.


D:\SKTPP\2022\SPBT\PELANCARAN PAGI\a1645c1e-dd86-449d-a0fe-6a7a87b58f1e.jpg
Semua ahli jawatankuasa program, guru-guru dan barisan pentadbir turut sama bergambar kenangan selepas tamat pelancaran program.


Sesi petang

D:\SKTPP\2022\SPBT\PELANCARAN PETANG\397cca35-c19a-4255-b96a-78d28b5c10ad.jpg
Murid tahun 3 sesi petang yang merupakan ahli Kelab Persatuan SPBT berkumpul di Dewan Perdana.


D:\SKTPP\2022\SPBT\PELANCARAN PETANG\9faf4b85-e145-4da7-98ba-0ab3183cff58.jpg
Cik Noor Azlinda binti Kasmin sedang menyampaikan ucapan alu-aluan pengerusi majlis sebagai pembuka tirai program yang sedang berlangsung.


D:\SKTPP\2022\SPBT\PELANCARAN PETANG\123c5469-f5ef-4a93-a620-79aec478fd9b.jpg
Bagi memberkati lagi majlis yang akan diadakan, Ustaz Abdul Hafiz bin Abdul Halil membacakan doa memohon kemudahan urusan dan kelancaran majlis.


D:\SKTPP\2022\SPBT\PELANCARAN PETANG\ca038154-59fa-43f8-956b-cff9c0ec011e.jpg
Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali sedang memberikan ucapan sekaligus merasmikan majlis pelancaran Minggu SPBT “I Love My Textbook”


D:\SKTPP\2022\SPBT\PELANCARAN PETANG\b4d07b85-0350-40a4-952a-b6d92ffffcb4.jpg
Guru Besar bergambar bersama GPK Petang, Puan Siti Raudah binti Hamid disertai juga dengan AJK Kelab Persatuan SPBT bagi sesi petang.


D:\SKTPP\2022\SPBT\PELANCARAN PETANG\97bd0038-1b39-462a-9ceb-48a24171a40e.jpg
Barisan guru bersama Puan Hajah Rohaidah bt Mohd Ali selaku Guru Besar sedang menyempurnakan gimik pelancaran program.


D:\SKTPP\2022\SPBT\PELANCARAN PETANG\7823472c-f00d-4b6f-bd9b-645100e853c0.jpg

Puan Salina bt Mohd Tasu selaku jawatankuasa SPBT bagi sesi petang menyerahkan replika “I Love My” kepada Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali bagi menyempurnakan gimik pelancaran.



D:\SKTPP\2022\SPBT\PELANCARAN PETANG\c371789b-aa1f-43bb-ae6f-366238e3805c.jpg
Pn Salina bt Mohd Tasu selaku Ahli Jawatankuasa SPBT bagi sesi petang sedang menyampaikan taklimat ringkas berkenaan dengan penggunaan buku teks yang diterima oleh semua murid.


D:\SKTPP\2022\SPBT\PELANCARAN PETANG\9d91b775-b436-4de2-ad19-6edf36701784.jpg
Ahli Kelab Persatuan bergambar kenangan bersama barisan pentadbir sebelum program berakhir.

Semoga dengan adanya program Minggu SPBT "I Love My Textbook" ini murid-murid SKTPP dapat menjadi insan yang lebih cemerlang, bersyukur dan terus menunjukkan sikap menghargai apa saja kemudahan yang disediakan terutamanya pinjaman buku teks. Setinggi-tinggi penghargaan kepada para pentadbir SKTPP, ahli jawatankuasa SBPT, ahli kelab BOSS dan semua warga SKTPP yang menjayakan progam ini.


Disediakan oleh Aizil Hasyimi Bin Abdul Rahman